berita

Felixia Yeap Sahkan Bakal Peluk Islam Ramadhan Ini Sempena Hari Lahir

April 25th, 2014 | by Ai
Kini Trending

xpix_frontpage,qhme.pagespeed.ic.yc4AWoTu-M

Sebelum ini, bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terburu-buru memeluk agama Islam walaupun gaya pemakaiannya telah berubah 360 darjah seperti muslimah sejati.

Namun begitu, gadis berbangsa Cina ini nekad membuat keputusan untuk bertukar agama dan mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro hari ini.

Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan.

Felixia Yeap

Menurut Felixia lagi, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni itu, sebaliknya memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam.

Di samping itu, Felixia turut memberitahu dirinya sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa sama seperti umat Islam yang lain.

SKIP THIS AD ×