berita

Kim Jong Kook Trending No 1 Malaysia

June 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

468_7_9_2552_19_06_16

Sekarang ini OHBULAN! yakin ramai peminat-peminat K-Pop terutamanya peminat Kim Jong Kook dilanda keterujaan yang tak mampu dibendung. Mana taknya, penyanyi dan personaliti TV yang popular dalam rancangan Running Man itu kini berada di Malaysia!

Ini terbukti apabila nama Kim Jong Kook hari ini telah menduduki tempat teratas ‘Twitter Trending’ di Malaysia. Bukan setakat di Twitter sahaja, malah laman Facebook dan Youtube juga dibanjiri sengan gambar-gambar serta video ketibaannya yang sempat dirakam oleh peminat.

Semalam, Kim Jong Kook telah selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan disambut meriah oleh peminat-peminatnya di Malaysia. Melalui beberapa gambar yang sempat dirakam, dapat dilihat Kim Jong Kook dikerumuni oleh orang ramai yang gembira dengan kehadirannya di negara ini.

Screen Shot 2013-06-14 at 15.13.18

Keadaan sewaktu Kim Jong Kook dikerumuni peminat di KLIA

OHBULAN! difahamkan, Kim Jong Kook hadir ke Malaysia untuk membuat showcase dan juga sesi bertemu peminat. Bintang Korea ini akan berada di HGH Convention Center, Sentul pada pukul 8 malam ini untuk showcase berkenaan. Manakala pada 15 Jun (Sabtu) pula, personaliti ini akan bertemu peminat untuk sesi ramah mesra di Paradigm Mall pada jam 2 petang.

Dan setakat ini, Kim Jong Kook dilihat sibuk menghadiri jemputan untuk ditemuramah oleh beberapa stesen radio tempatan seperti one FM, Fly FM dan Hot FM.

Untuk pengetahuan semua, kali ini Kim Jong Kook cuma hadir seorang diri, namun pada 21 September nanti ada sumber mengatakan yang para peserta Running Man yang lain akan turut turun ke Malaysia untuk bertemu peminat mereka. Anda mesti dah tak sabar, kan?

Jom tengok gambar-gambar Kim Jong Kook dan video yang sempat dirakam oleh peminat untuk tatapan anda semua.

SKIP THIS AD ×