berita

Fesyen ABPBH 2013 : Busana Disamakan Dengan Temple Run, Emma Maembong Tak Kisah

May 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

BoaQ5lCCYAEO1xq.jpg_large

Berapa ramai antara anda yang terlepas menonton malam kemuncak Magis Alam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 pada malam Sabtu lalu?

Bagaimanapun, kami rasa pasti anda tidak ketinggalan melihat gambar busana Emma Maembong yang disamakan dengan lambang permainan video Temple Run.

Pantas sungguh rakyat Malaysia menggunakan kepakaran teknologi dan kreativiti minda dalam hal seperti ini.

ABPBH2013LR-259

Sewaktu wartawan kami menunjukkan salah satu gambar yang menjadi viral di Twitter malam kelmarin, wajah Emma terus berubah dan tak menyangka baju dipakainya menjadi bahan lawak.

Bagaimanapun, pelakon cantik itu tak kisah dengan pandangan negatif masyarakat kerana apa yang penting busana rekaan Ezuwan Ismail tersebut nampak cantik di matanya sendiri.

Tidak dinafikan bahawa dress rona hitam kuning itu nampak pelik pada pandangan pertama, namun ianya tetap unik dan cantik digayakan oleh Emma.

Dalam pada itu, dapat diperhatikan ramai selebriti wanita yang hadir ke ABPBH kelmarin mengenakan busana yang hampir sama dari segi warna terutamanya emerald green dan merah.

ABPBH2013LR-749

Antara selebriti yang tampil elegan dan bergaya dengan busana daripada pereka fesyen kegemaran masing-masing ialah Izreen Azminda, Lana Nodin, Siti Saleha, Neelofa, Nora Danish, Raja Ema dan ramai lagi.

Sementara itu, selebriti lelaki juga nampaknya tak kurang bergaya dan dapat dilihat pemakaian blazer motif bunga dan paisley menjadi pilihan mereka kali ini.

Bagaimanapun, Boy Iman tampil berbeza dengan hadir memakai kostum Peter Pan serba lengkap dari kepala hingga ke hujung kaki. Mungkin Iman cuba menepati tema majlis.

Apapun, jom lihat foto-foto selebriti sewaktu di karpet merah ABPBH 2013 kelmarin.

SKIP THIS AD ×