berita

Filem Amityville: The Awakening Adaptasi Kisah Benar Pembunuhan Tragis. Memang Boleh Buat Bulu Roma Korang Meremang!

August 7th, 2017 | by Nabihah | 1 comments
68.4K
reads
13.7K
shares
Shout Out!

AMARAN! Penakut Adalah Dilarang Untuk Menonton Filem ini! Ha..awal-awal lagi kami dah nasihat kat korang yang tak berapa nak berani tu. Takut sangat ke filem ni?

Dah bersedia untuk menjerit di pawagam?

Kalau korang nak tahu,  Amityville: The Awakening ni merupakan filem rantaian Amytyville yang keenam ditayangkan. Dengar cerita, Amityville: The Awakening ni lebih seram dari filem-filemnya yang terdahulu sebab ianya berdasarkan kisah benar dari sebuah rumah berhantu di Amerika!

Sepatutnya Amityville: The Awakening dijangka keluar ke pawagam pada Januari 2015,  namun atas beberapa sebab yang tidak diketahui ia telah ditunda selama dua tahun. Setelah beberapa kali ditunda, akhirnya filem seram ini akan menemui korang semua pada 17 Ogos ini!

Tengok trailer pun dah seram, apatah lagi kalau tengok filem ni sendiri. Korang boleh klik sini untuk trailer penuh.

Pindah ke rumah berhantu?

Meh kami cerita sikit filem ni pasal apa..

Filem bergenre seram arahan Franck Khalfoun ni mengisahkan tentang seorang ibu tunggal, Joan bersama 3 anaknya, Belle, Juliet dan James yang baru saja pindah ke rumah baru. Selepas itu banyak sekali muncul kejadian aneh dan menyeramkan di rumah tersebut.

Anak sulung Joan, Belle adalah yang paling kerap diganggu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia tak menceritakan kepada siapa-siapa tentang pengalaman anehnya. Yang paling seram adalah bila James, adik Belle yang terlantar koma tiba-tiba sedar dari koma dan mula berperangai pelik.

Belle yang curious ni pun mula menyiasat tentang rumah yang mereka duduki tu dan akhirnya mengetahui bahawa rumah tu merupakan rumah berhantu!

Kalau admin la dah tau rumah tu berhantu, confirm admin pindah rumah hari tu jugak..

Berdasarkan tragedi pembunuhan satu keluarga!

Admin rasa, lepas tengok filem ni mesti korang akan teringat-ingat dan susah nak tidur sebab filem ini adalah berdasarkan kisah benar!

Rumah 112 Ocean Avenue yang terletak di Amityville adalah milik keluarga DeFeo. Pada 13 November 1974, Ronald DeFeo, Jr. iaitu anak sulung keluarga DeFeo, telah menembak kesemua enam ahli keluarganya sehingga mati di rumah tu!

Kalau korang tak percaya, meh admin tunjuk rumah sebenar Amityville ni. Tengok rumah pun dah seram!

Setahun selepas pembunuhan tu berlaku, keluarga Lutz pula berpindah ke rumah tersebut. Mereka juga turut diganggu dengan pelbagai gangguan yang membuatkan mereka tak tahan dan berpindah keluar selepas 28 hari je duduk di rumah tu!

Keluarga Lutz

Kalau korang perasan, kisah keluarga Lutz ni juga ada diselitkan dalam filem The Conjuring 2 tau.

Seram kan? Jom saksikan Amityville: The Awakening, 17 Ogos ini!

So, korang rasa apa yang Belle akan buat? Berjaya tak dia tamatkan semua gangguan yang menggangu dia dan keluarganya? Ataupun dia akan tinggalkan je rumah tu dah pindah ke rumah lain?

Haa..kalau korang nak tahu apa yang akan terjadi, jangan lupa tengok Amityville: The Awakening di pawagam berdekatan korang pada 17 Ogos ini tau!

Oh ya, jangan lupa bergambar dengan replika rumah Amityville di Sunway Pyramid dan Mid Valley sekali ok!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment

  1. Terang bulan says:

    mcm bosan jer …