berita

Filem ‘Ayat-Ayat Cinta 2’ Bakal Menggoncang Emosi Korang Pada 11 Januari Nanti…Di Manakah Aisha?

January 15th, 2018 | by Noraniza
Shout Out!

Admin masih ingat lagi fenomena filem Ayat-Ayat Cinta pada tahun 2008. Masa tu memang tersedu-sedan layan filem dramatis ni.

Jadi, bila dapat tahu yang kesinambungan filem ‘daboom’ ini akan keluar pada 11  Januari 2018, memang admin teruja habis. Nah, admin nak share dengan korang sikit sinopsis ‘Ayat-Ayat Cinta 2‘!

Sinopsis ‘Ayat-Ayat Cinta 2’..

Dalam filem ‘Ayat-Ayat Cinta 2‘ ni, cinta Fahri kepada Aisha masih utuh, walaupun Aisha ‘hilang’ daripada pandangannya.

Fahri telah menetap di Edinburgh dan menjadi tenaga pengajar di University of Edinburgh. Fahri cuba untuk menyibukkan diri dengan kerjaya dan juga mengendalikan bisnes yang dikongsi bersama Aisha. Tapi, dek kerana rindukan isterinya, Fahri seringkali menangis sendirian.

Aisha pula sebenarnya ‘hilang’ menuju ke Palestin untuk mendapatkan kisah sebenar penderitaan masyarakat di sana. Bagaimanapun, rakan yang menemani Aisha di Palestin telah ditemui dalam keadaan kritikal.

Bagaimana pula dengan nasib Aisha? Adakah dia selamat? Adakah Fahri akhirnya dapat berjumpa kembali dengan cinta sejatinya?

Barisan Pelakon Yang Super Umphh!

Untuk pengetahuan korang, barisan pelakon ‘Ayat-Ayat Cinta 2‘ memang terbaik!! Antaranya ialah Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira dan tidak ketinggalan, pelakon meletop Malaysia, Fazura!

Admin pasti dengan gabungan sentuhan Guntur Soeharjanto dan Manoj Punjabi, filem ‘Ayat-Ayat Cinta 2‘ memang bakal pecah panggung pada 11 Januari 2018 nanti.

Fuh, tak sabar! Sebelum tu, jom jamu mata dengan trailer official ‘Ayat-Ayat Cinta 2‘ kat bawah ni:

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×