berita

‘Fokus Pada Portion Nasi, Bukan Benda Lain’ – Viral Tun M Ambil Suplemen, Ini Respon Pakar

May 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Semalam viral di media sosial foto Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad di meja makan menikmati makan malam. Kelihatan di dalam foto adalah portion nasi yang diambil Tun yang sangat sedikit berbanding orang kebanyakan.

Artikel berkaitan: Apa Suplemen Yang Tun Mahathir Ambil Untuk Kekal Sihat & Bertenaga?

Apa yang menarik perhatian adalah suplemen yang diambil oleh PM iaitu sejenis vitamin C. Ramai netizen tertarik untuk turut mencuba suplemen tersebut setelah tersebarnya gambar itu.

Rakyat Malaysia hilang fokus

Doktor pakar, Dr. Rafidah Abdullah bagaimanapun berpendapat rakyat Malaysia sudah hilang fokus sebenar dalam gambar itu. Menurutnya, apa yang patut diambil perhatian adalah portion nasi yang diambil Tun yang dilihat hanya segenggam seperti disarankan ramai doktor.

Tambah Dr. Rafidah lagi, untuk mendapatkan kesihatan seperti Tun, banyak usaha perlu dilakukan dan mengambil masa yang lama.

Tun M ada doktor sendiri

Ditanya adakah sepatutnya manusia normal mengambil apa-apa makanan tambahan untuk kekal sihat, Dr. Rafidah mengatakan suplemen hanya boleh diambil dengan nasihat doktor. Ujarnya, Tun mempunyai doktor sendiri yang menjaga dan memantau kesihatannya.

Tun tak makan berlebihan

Pernah kongsi tips awet muda dan sihat

https://www.youtube.com/watch?time_continue=17&v=tM643bYhl4g

Tips menjaga kesihatannya turut dikongsi Tun dalam satu video pendek yang dimuatnaik di Youtube. Antara lain adalah menjaga pemakanan dan tidak sesekali makan secara berlebihan.

Suplemen tak boleh kurangkan keletihan

Sumber: Rafidah Abdullah , Biskut Kering

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×