berita

Foto : Anak Ning Baizura, Ryan Sky Dalton Diperkenal Pada Umum

May 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Header

Nampaknya kehadiran cahayamata pertama buat Ning dan juga ketiga bagi suaminya benar-benar memberikan kegembiraan kepada pasangan ini. Walaupun Ning sudah kurang membuat penampilan, namun, kelahiran Ryan Sky Dalton pada 30 Januari yang lalu menjadi berita gembira buat semua peminat Ning.

Semalam, Ning dan suaminya, Omar, buat pertama kali telah mengadakan majlis bagi memperkenalkan anak mereka kepada umum. Baru berusia 3 bulan lebih, Ryan kelihatan sihat dan dapat kami lihat bayi ini langsung tidak menangis walaupun ramai orang mengelilinginya.

Ning ketika ditemubual memberitahu, “Saya rasa Ryan adalah rezeki paling besar dalam hidup kami. Alhamdulillah.

“Bila dah jadi ibu, semua perkara yang saya lakukan turut melibatkan Ryan. Tapi saya gembira dengannya dan saya tak complaint langsung pasal kurang tidur ke apa,” tambah pelantun lagu Curiga ini.

Anak Ning Baizura-80

Ryan Sky Dalton sempat tertidur ketika sesi tangkap gambar.

Anak Ning Baizura-220

Anak Ning memang mesra kamera. Mungkin bakal ikut jejak langkah ibunya?

Menjawab pada isu mengenai nama anaknya sebelum ini, Ning akhirnya mendedahkan bahawa nama Ryan telah dipilih sendiri oleh anak Omar Sharif hasil perkahwinannya dengan isteri pertama.

“Kakak Ryan iaitu anak Omar sendiri yang namakan anak Ning. Ia berlaku spontan. Bila jadi begitu, saya rasa its a perfect moment. Mungkin mereka ada connection,” ujar Ning merujuk pada Ryan dan kakaknya.

Buat para peminat, mari lihat wajah anak pertama Ning Baizura, Ryan Sky Dalton selepas ini. Comel tahu?

SKIP THIS AD ×