berita

Foto : Atilia Sambut Ramadhan Di Australia

July 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Atilia 2

Meskipun sibuk menjalani ibadah puasa, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Indah, Atilia masih lagi sempat meluangkan masanya untuk bercuti ke Nimbin, Australia.

Melihat daripada laman Instagram penyanyi ini, dia difahamakn telah berada di Nimbin sejak Sabtu lalu dan sepanjang berada di negara tersebut, Atilia telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya melalui laman sosial tersebut.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya dia tidak keseorangan, ini kerana gitaris kumpulan Hujan iaitu AG Coco turut difahamkan bercuti di sana dan mereka telah sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama.

Atilia 5

Atilia bersama gitaris Hujan, AG Coco

Atilia 18

Taman permainan di Australia

Sepanjang berada di Autralia, Atilia bukan sahaja sempat bersiar-siar di sekitar Nimban, malah dia turut meluangkan masa untuk bermain dan berkunjung ke sekitar taman permainan yang terletak di negara tersebut.

Wah, bukan main seronok lagi Atilia dapat bercuti ke Autralia kan?

Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto menarik Atilia sepanjang berada di negara tersebut untuk tatapan anda semua. Jom layan!

Kredit Foto : Instagram Atilia

SKIP THIS AD ×