berita

[FOTO] Bertemakan Chanel, Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ke-3 Aaisyah Mewah Habis Bak Fairytale

November 4th, 2017 | by Wan
Lensa Insta

Siapa yang tidak kenal little Princess Aaisyah ini kan? Bukan dalam kalangan netizen sahaja, selebriti seperti Zul Ariffin pun memang tak serik melayan kerenah puteri sulung pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Mana tidaknya, muka dah ala kacukan, buat apa pun tetap comel! Kalau nak dibandingkan dengan anak-anak selebriti lain, Aaisyah ini sering sahaja mendapat perhatian media tempatan.

Baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis ulang tahun kelahiran Aaisyah yang ke-3. Bukan calang-calang tau, tema Chanel okayy, memang va va voom. Jom layan foto sekitar majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana, memang macam fairytale!

Eee comelnyaa!

Comel menggayakan Rizman Ruzaini

Cantik bukan? Comel je Aaisyah dalam busana rekaan Rizman Ruzaini, seakan princess Disney! Kami di OhBulan! mendoakan Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah. Happy Birthday Princess!

Sumber: Instagram Aaisyah Dhia Rana

SKIP THIS AD ×