berita

Foto : Comelnya Anak Harith Iskandar

July 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anak Harith Iskandar 12

Nama pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar bukanlah satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat industri hiburan tempatan.

Pelakon yang terkenal dengan lawak-lawak bersahaja ini bagaimanapun difahamkan telah mendirikan rumah tangga diusia yang agak lewat, akan tetapi, perkara tersebut langsung tidak menghalangnya untuk memiliki seorang cahaya mata yang comel dan pintar.

Buktinya, lihat sahaja foto-foto yang telah dikongsikan oleh Harith menerusi laman Instagramnya ini.

Anak Harith Iskandar 10

Comel je mereka berdua kan?

Bayi lelaki comel ini telah dilahirkan pada 8 Mac 2012 dan diberi nama sebagai Zander Xayne Iskander.

Secara umumnya, Harith Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook iaitu, Jezamine Lim, pada 12 Jun 2010.

Anak Harith Iskandar 11

Jezamine merupakan seorang doktor dan model profesional.

Bagi anda yang masih belum puas menatap foto comel gelagat anak Harith Iskandar, jom lihat beberapa foto tersebut selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Harith Iskandar

SKIP THIS AD ×