berita

Foto : Izreen Azminda Dikejutkan Dengan Majlis Baby Shower

July 12th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Izreen Azminda

Umum tahu pelakon jelita, Izreen Azminda kini sedang menantikan saat-saat indahnya untuk bergelar ibu dan sempena menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu, pelakon filem Pecah ini telah disambut dengan sebuah majlis ringkas yang dikenali sebagai baby shower pada malam semalam.

Menerusi laman Instagram milik pelakon wanita ini, Izreen telah melahirkan rasa terharu atas kejutan yang dirancang buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Muhamad Riza atas majlis yang cukup meriah itu.

Omgggg tq tq tq so much to hot ibu@fashasandha ..waaaa terharunya#babyshower surprise???

Tq juga buat suami tersyg???@rizabaharudin

Izreen Azminda 1

Izreen disamping pelakon jelita, Fasha Sandha

Nampaknya majlis baby shower Izreen ini turut dihadiri oleh rakan artis lain iaitu Fasha Sandha dan Aaron Aziz.

Untuk makluman, Izreen dijadualkan bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada bulan ini dan dia telah memilih Hospital Columbia Asia di Setapak sebagai tempat kelahiran bayi pertamanya itu.

Artikel Berkaitan :

Izreen Azminda dan Muhamad Riza Baharuddin telah bernikah pada 30 Ogos 2012 dan resepsi persandingan mereka telah diadakan pada keesokan harinya di hotel Holiday Villa Alor Star, Kedah.

Untuk semua peminat Izreen, jom layan beberapa foto comel pelakon wanita tersebut sekitar majlis baby shower-nya semalam.

Kredit Foto : Instagram Izreen Azminda

SKIP THIS AD ×