berita

Foto Johan Raja Lawak Dikatakan Tertidur Ketika Solat, Ozlyn Perjelas Isu Sebenar

April 11th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-10 at 3.29.28 PM

Jika anda seorang peminat tegar Johan, sudah pasti akan sedia maklum bahawa laman Instagramnya dipenuhi dengan foto bersama isteri dan anaknya.

Bagaimanapun, semalam laman Facebook dipenuhi dengan cerita daripada beberapa blog gosip yang mendakwa kononnya pelawak terkemuka tanah air, Johan Raja Lawak telah tertidur ketika sedang bersolat.

Berasa hairan dengan kisah itu, penulis lantas membaca artikel tersebut yang turut menuduh bahawa isterinya, Ozlyn telah membuka aib Johan apabila sengaja memuat naik foto tersebut di laman Instagram.

Screen Shot 2014-04-10 at 2.28.15 PM

Foto yang dimuat naik oleh Ozlyn

Menafikan dakwaan itu, Ozlyn dengan tenang memberitahu bahawa fakta sebenar mengenai foto tersebut telah diputarbelit oleh penulis blog tersebut.

Tidak cepat melatah dengan isu tersebut, Ozlyn menjelaskan bahawa Johan dilihat sujud dalam tempoh yang agak lama kerana salah seorang anaknya berada di belakang Johan.

Screen Shot 2014-04-10 at 2.30.13 PM Screen Shot 2014-04-10 at 2.30.43 PM

Antara komen daripada Ozlyn mengenai isu tersebut

Enggan mempedulikan fitnah orang, Ozlyn turut berkata bahawa dia kini bahagia melayari rumahtangganya bersama Johan dan juga bergelar ibu kepada 3 orang puteranya. Apapun, apakata kita lihat foto terbaru anak-anaknya yang comel itu!

Kredit foto: Instagram Johan

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×