berita

Foto: Kristen Stewart Lebih Menarik Di Majalah Berbanding Filem

May 2nd, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Bella Swan, satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem bersiri, Twilight. Watak yang dilakonkan oleh Kristen Stewart, 22, ini benar-benar memukau pemikiran penonton sehinggakan terbawa-bawa kedalam kehidupan realiti mereka sendiri.

Namun, disebalik watak yang penuh misteri diantara seorang manusia yang cintakan pontianak dan serigala jadian ini, Kristen Stewart sebenarnya mempunyai sisi hidup yang lain. Mempunyai wajah yang klasik dan mata yang sentiasa kuyu dan menawan, Kristen berjaya menciptakan suasana retro didalam sesi penggambarannya bersama majalah Elle UK dan Jalouse.

Umum tahu bahawa Kristen memang seorang yang jarang berfesyen dan dia sendiri selalu tampil dengan fesyen “grunge” walau dimana-mana majlis pun. Majalah Elle UK & Jalouse benar-benar mengambil keputusan berani untuk mengubah penampilan Kristen dalam edisi terbaru mereka.

Most Read Today