![]()
Nampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ K memang tetap utuh seperti di awal perkahwinan mereka.
Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke 8 pada bulan Ogos yang lalu, sekeping foto Dato’ K bermanja dengan Dato’ Siti jadi tumpuan peminat.
Sila jangan jealous ya dengan keintiman pasangan favourite ramai ni. Mana taknya, Dato’ K siap baring berbantalkan peha Dato’ Siti lagi tau! Sweet!
![]()
Amboi! Bila tengok foto mereka berdua ni rasa macam lebih teruja pula nak kahwin cepat-cepat. Seronok bila ada tempat nak bermanja macam ni kan.
Bagaimanapun, ada juga yang tak berapa berkenan dengan foto yang dimuat naik oleh Dato’ Siti tu. Katanya macam nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pula.
![]()
Ha.. dek kerana komen tersebut, peminat Dato’ Siti pun apa lagi, teruslah berdebat mempertahankan idola mereka. Yelah, takkan nak share foto dengan suami pun salah kan? Bukannya censored part pun!
![]()
Tak dapat dinafikan, semua orang ada pendapat masing-masing kan. Apapun kan lebih bagus jika kita doakan kebahagiaan pasangan ini daripada asyik mahu mencari salah mereka. Betul tak?
Kredit foto: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza










![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
