berita

Foto Mat Sabu Masak & Jamu Tetamu Hadir Ke Rumah Dapat Pujian Netizen

May 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Nama YB Mat Sabu juga tidak terlepas dari menjadi sebutan orang ramai sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan Negara. Mempunyai karakteristik yang kelakar, bersemangat dan berani bersuara lantang telah mencuri perhatian netizen terhadap dirinya.

Dia juga pernah dipuji Tun Dr Mahathir yang disifatkan bijak berjimat cermat dan gemar makan masakan sendiri di rumah. Aksi YB Mat Sabu memasak di dapur turut dipuji netizen.

Apabila Mat Sabu beraksi di dapur

Terima kasih anak-anak penggerak Wanita Muda AMANAH (WARDA) yang sudi datang ke rumah Bang Mat. Sempat masak special untuk mereka.

Semoga terus sukses menarik sokongan golongan muda kepada AMANAH dan Pakatan Harapan. Jangan berhenti bekerja!

Foto dan kapsyen ini dikongsi menerusi laman Facebook rasminya yang berbesar hati menyediakan hidangan buat tetamu hadir dirumahnya.

Nampak sedap je

Anak-anak wanita muda Amanah (WARDA) bertandang ke rumah. Saya masak untuk makan tengah hari bersama. Tumbuk sambal belacan dan gulai ikan.

Terima kasih anak-anak muda yang sudi ziarah saya.

YB yang rendah diri

Boleh dijadikan contoh terbaik

Tak pentingkan kemewahan

Sumber: Mat Sabu

SKIP THIS AD ×