berita

Foto : Mrs Malaysia Universe 2013 Ingin Tawan Dunia

October 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Carol Lee merupakan selebriti yang telah dipilih sebagai ‘Mrs Malaysia Universe 2013’ dan secara tidak langsung dia bakal mewakili negara untuk pertandingan ‘Mrs Universe 2013 World Finals.’

Carol Lee sebelum ini pernah dinobatkan sebagai ‘Miss Malaysia Chinatown 2005.’

Pemilihan Carol Lee sebagai ‘Mrs Malaysia 2013’ adalah menerusi beberapa komitmennya dalam kestabilan diri, di mana dia  merupakan individu yang bersifat profesional, cantik, berjiwa kesukanan (gemar bermain tenis dan squash) serta aktif dalam beberapa aktiviti amal.

Disamping itu, selebriti cantik ini turut aktif dalam bidang modeling dan pengacaraan, di mana dia pernah bekerjasama dengan Saluran Televisyen Kerajaan, RTM menerusi program bual bicara ‘Hello On 2’ dan penyampai berita untuk TV3.

Menurut Carol Lee, dia akan melakukan yang terbaik untuk pertandingan ‘Mrs Universe 2013 World Finals’ nanti dan akan mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

“Untuk pertandingan tersebut, saya akan cuba lakukan yang terbaik dan kalau boleh ingin mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.”

“Saya turut berharap agar dapat mempromosikan Malaysia dan secara tidak langsung ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negara kita.”

“Buat masa sekarang saya tengah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Saya turut berharap agar dapat membawa pulang ‘mahkota’ kemenangan,” ujar Carol Lee mengenai persiapannya ketika ini.

Berikut merupakan beberapa foto Carol Lee sewaktu ditabalkan sebagi ‘Mrs Malaysia 2013’ semalam.

SKIP THIS AD ×