berita

[FOTO] Muat Naik Foto Di Instagram, Nora Danish Kini Berhijab? Alahai Manisnya..

May 17th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Berhijrah untuk ke jalan yang baik bukanlah sesuatu perkara mudah. Contoh paling dekat adalah apabila seseorang wanita itu ambil keputusan ingin berhijab dan tiada salahnya jika individu itu ingin berubah secara perlahan-lahan. Ramai juga artis wanita yang dulunya free-hair kini sudah bertudung litup, terbaru pelakon comel Nora Danish memuat naik fotonya berhijab di laman sosial media.

Nora Danish nampak manis berhijab

Terbaru, Nora Danish telah memuat naik dua foto di Instagram dimana dalam kedua-dua foto tersebut menampakkan imej nya berhijab. Adakah pelakon comel itu kini sudah bertudung? Ini merupakan kapsyen foto Instagram sempena bulan Ramadhan;

Maafkan segala kesilapan kami, mahu pun sengaja atau tidak di sengajakan. Di harap bulan yang MULIA ini , kita semua dapat menunaikan Ibadah dengan sempurna dan diterima olehNya. Amin. InsyaAllah.
Salam Ramadhan,
Neno.

Jika engkau merasa beruntung saat ini , itu bukan kerana doa doa mu…. Tapi kerana doa doa Ibumu yang Allah kabulkan. MasyaAllah ?

Netizen gembira lihat perubahan, doa agar berkekalan

Sumber: Instagram Nora Danish

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×