berita

Foto: Nana Mahazan Kongsi Gambar Kahwin Sempena Ulangtahun

June 6th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Nanabrian

Siapa yang follow Instagram Nana Mahazan mesti tengah seronok tengok gambar-gambar sekitar hari bahagia Nana dan suaminya, Raqeem Brian empat tahun lalu.

Bekas peserta rancangan realtiti TV, Akademi Fantasi musim pertama itu nampaknya teruja dan seronok berkongsi gambar-gambar perkahwinannya dengan peminat kerana hari ini merupakan ulangtahun ke-empat perkahwinan mereka.

Nana

Kecantikan Nana terserlah di hari bahagianya

Siapa sangka Nana yang suatu masa dulu kerap dilanda kontroversi kini semakin cantik dan bahagia selepas berkahwin dan namanya terus bersih dari dikaitkan dengan sebarang isu lagi.

Hasil dari perkahwinan mereka, Nana dan Raqeem dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Althea.

Seronok tengok pasangan yang dah berkahwin bahagia macam ni. Semoga kebahagiaan Nana sekeluarga berkekalan hendaknya. Selamat ulangahun perkahwinan yang ke-empat OHBULAN! ucapkan.

Berikut kami sertakan beberapa keping gambar yang dikongsi oleh Nana.

SKIP THIS AD ×