berita

Foto Neelofa Di Minggu Fesyen Swarovski Tarik Perhatian Netizen

September 22nd, 2017 | by Shafika | 23 comments
113.8K
reads
22K
shares
Kini Trending

Semalam, syarikat Swarovski telah meraikan majlis pelancarannya sempena kempen percutian tahunan. Majlis yang bertempat di sebuah villa peribadi di Milan, Italy telah dihadiri oleh ramai bintang terkenal termasuk Neelofa yang mewakili Malaysia.

Bayangkan Swarovski hanya menjemput 100 tetamu ke majlis makan malam dan Neelofa adalah salah seorang daripadanya. Wah! Untungnya apabila nama Neelofa sebaris dengan bintang terkenal Hollywood yang lain. Bangga!

Cantiknya!

Antara nama besar yang hadir adalah duta besar mereka Karlie Kloss dan beberapa artis lain iaitu Alessandra Ambrosio, Martha Hunt, Shanina Shaik dan penyerang Brazil Giovanna Ewbank.

Untungnya Neelofa!

Neelofa berjaya menarik perhatian netizen dengan pakaiannya mengikut tema majlis iaitu merah dan perak. Memang cantik dan vogue betul Neelofa. Skuad glamnya iaitu Khir Khalid(MUA), Min Luna(stylist) dan beberapa orang lagi telah berjaya membuatkan Neelofa berjaya kelihatan menyerlah di Party Kristal Wonderland.

Tema merah dan perak

Memang bangga betul apabila melihat salah seorang artis Malaysia setanding dengan artis Hollywood. Bukan senang untuk dipilih oleh Swarovski di kalangan nama-nama teratas. Neelofa berjaya buktikan Malaysia boleh.

Setanding dengan artis Hollywood

Tahniah Neelofa kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia. Beauty with brain!

Sumber : Neelofa