berita

Foto : Penampilan Baru Miley Cyrus

August 14th, 2012 | by Ai
Hollywood

Sebelum ini penyanyi yang terkenal dengan lagu “Party In The USA,” Miley Cyrus sering tampil dengan gaya rambut panjang. Namun begitu, menerusi akhbar Dailymail, Miley Cyrus dikatakan telah mengubah gaya rambutnya ke potongan yang lebih pendek.

Dengan penampilan baru yang ditampilkan oleh Miley Cyrus, dia telah dikritik hebat oleh beberapa pihak di laman Twitter miliknya. Namun begitu, Miley telah membalas twit tersebut dengan menyatakan bahawa dia suka dengan gaya rambutnya sekarang dan amat gembira dengan penampilan sebegitu.

Miley turut membuat kenyatan di laman Twitternya yang berbunyi “if you don’t have something nice to say don’t say anything at all. my hair is attached to my head no one else’s and it’s going bye bye :).”

Oleh itu, mari kita lihat beberapa foto rambut terbaru Miley Cyrus. Selepas itu, ada menilai sendiri sama ada gaya rambut ini sesuai untuk dirinya ataupun tidak.

SKIP THIS AD ×