berita

Foto Perkahwinan Ucop Cecupak & Siti Afzan

February 4th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Ucop Cecupak & Siti Afzan 1

Pada 25 Januari lalu telah berlangsungnya majlis pernikahan Ucop Cecupak besama pasangannya Siti Nor Afzan Binti Ibrahim, bertempat di Batu Caves, Selangor.

Menurut jurufoto rasmi pasangan ini, pasangan mempelai telah dinikahkan oleh Qadi Masjid Saidina Hamzah Batu Muda, iaitu Ustaz Awang Bin Selamat dengan hantaran 9 berbalas 11 dulang.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan di laman Facebook Redbite Photography, Ucop dan Siti Afzan telah memilih busana berona kuning krim sebagai warna pilihan mereka dan kedua-duanya kelihatan sungguh cantik dan tampan.

Ucop telah menggayakan set baju melayu berpotongan leher cekak musang, manakala Siti pula telah menggayakan busana baju pengantin berpotongan baju kurung moden yang sarat dengan perincian manik di bahagian atas busana. Penampilan Siti bertambah anggun dengan adanya padanan tudung berwarna senada dan turut diselitkan dengan perincian jemeki di bahagian atas kepala.

Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan, Ucop dan Siti telah sempat merakamkan foto pra-perkahwinan mereka pada 1 Januari lalu di pusat membeli belah, The Curve dan pasangan ini difahamkan bakal mengadakan majlis resepsi mereka pada 27 April ini di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak.

Foto pernikahan Ucop dan Siti telah mendapat sentuhan kreatif daripada jurufoto profesional, Azril Saad daripada Redbite Photography.

Redbite Photography telah beroperasi di Ampang sejak 1 Februari 2010 dan mereka memiliki 10 orang pekerja.

Jom layan foto pernikahan serta pra-perkahwinan Ucop dan Siti selepas ini :

SKIP THIS AD ×