berita

Foto : Proses Penamaan Calon, Zizie Ezette & Anne Ngasri Teman Suami Tercinta #PRU13

April 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anne Ngasri 1

Semua sedia maklum Sabtu lalu telah berlangsungnya proses penamaan calon sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.

Nampaknya dalam kesibukan proses tersebut, dua artis wanita iaitu Zizie Ezette dan Anne Ngasri kelihatannya masing-masing telah memberikan sokongan moral buat suami tercinta apabila kedua-duanya telah dilihat turut sama-sama turun padang bagi menemani suami mereka untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada hari berkenaan.

Untuk makluman, suami Zizie Ezette, Datuk Bung Mokhtar Radin bakal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan, manakala Anne Ngasri pula telah menemani suaminya, Mohd Sumali Reduan bagi proses penamaan calon BN di Pontian, Johor.

Menerusi laman Twitter milik Anne Ngasri, pelakon dan pengacara ini telah melahirkan rasa teruja kerana ini adalah pengalaman pertamanya menemani suami untuk proses penamaan calon tersebut.

My first precious experience on Penamaan Calon in Pontian-company my dear sayang mohdsumali.

Amazingly exciting experience–with you all the way BN mohdsumali

Berikut antara beberapa foto yang dikongsikan oleh Anne Ngasri dan Zizie Ezette menerusi laman Instagram masing-masing.

Kredit Foto : Instagram Zizie Ezette & Anne Ngasri

SKIP THIS AD ×