berita

Foto Qi Razali & Nelydia Senrose Bercuti Di Krabi

October 15th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-14 at 11.38.24 PM

Ada duit semua boleh jadi. Untung jadi selebriti ni kan? Tak perlu nak tunggu bonus berbulan-bulan untuk pergi bercuti sambil menikmati keunikan negara orang.

Begitu juga dengan pasangan sejoli, Qi Razali dan Nelydia yang kini sedang enjoy di Krabi. Setahu kami, ini bukanlah percutian pertama mereka kerana sebelum ini mereka juga pernah melancong ke London pada bulan Februari yang lalu.

Artikel Berkaitan: Foto : Qi Razali & Nelydia Senrose Bercuti Bersama

Ha.. kali ini nampaknya mereka memilih pantai untuk relax-relaxkan minda. Sambil tu sudah tentu mereka mahu menikmati keindahan Krabi yang memang famous dengan kejernihan air lautnya kan.

Screen Shot 2014-10-14 at 11.40.36 PM

Sebelum bermulanya pelbagai spekulasi nakal, Qi awal-awal lagi dah mewar-warkan bahawa dia bukan berdua sahaja, tetapi turut disertai oleh keluarga Nelydia.

Island trips are the best with you… And your family of course #20Krabi – Qi Razali

Walaupun belum sah bergelar anak menantu, hubungan Qi dan ahli keluarga Nelydia sememangnya agak akrab. Kira memang menantu favourite lah nanti kot?

Screen Shot 2014-10-14 at 11.40.52 PM

Yelah, kami pun ada terdengar juga bahawa mereka bakal mengikat tali pertunangan tak lama lagi. Baguslah begitu. Perkara yang elok rasanya memang molek disegerakan. Setuju tak?

Kredit foto: Instagram Nelydia Senrose & Qi Razali

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×