berita

[FOTO] Realisasi Impian Zaman Kanak-Kanak, Tiara Jacquelina Bina Rumah Atas Pokok!

November 14th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Orang kata, usia dewasa adalah masanya untuk kita menyempurnakan impian zaman kanak-kanak yang tidak terlaksana. Iyalah, semuanya terhad, kewangan pun bergantung kepada ibu bapa semata, banyak angan-angan kekal setakat mimpi di siang hari sahaja.

Siapa dulu pernah main pondok-pondok dan bina rumah atas pokok? Mesti keinginan itu pernah ada kan? Tapi bagi ‘Puteri Gunung Ledang’, Tiara Jacquelina, cita-cita zaman kanak-kanak itu akhirnya tercapai di usia 49 tahun. Well, better late than never kan?

Impian sejak kecil, suami bantu realisasi

Saya sedikit terputus hubungan dengan dunia luar sejak minggu lepas kerana suami saya bina rumah atas pokok yang jadi impian saya sejak kecil.

Netizen nyata iri hati dengan kecantikan rumah yang dilengkapi tangga berpusar, buaian di bahagian bawah selain beranda yang luas.

Jadi pejabat terbaru untuk meeting

Tidak hanya untuk suka-suka, rumah berkenaan juga digunakan sepenuhnya Tiara bagi tujuan mesyuarat membincangkan projek terbaru kelolaannya. Beliau kini mengusahakan muzikal Ola Bola yang khabarnya bakal menampilkan Altimet! Bestnya.

Bestnya bersantai petang-petang sini

Cantik sampai ada yang nak jadi burung datang hinggap dekat sini

Semua kagum dan tak putus-putus puji

Sumber: Tiara Jacquelina

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×