berita

Foto Romantis Dato’ Siti & Datuk K Bercuti Di Bali

June 7th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Datuk Siti & Dauk K 2

Selasa lalu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza difahamkan telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, untuk bercuti dan meluangkan masa bersama.

Menerusi laman mikro Twitter milik penyanyi itu sendiri bertarikh 4 Jun lalu, beliau turut memaklumkan berita tersebut kepada peminat dengan memuat naik status dan foto tertera caption berbunyi :

Salam..leaving for holiday..yeahhh!!! Takecare n be good guys!

Datuk Siti & Dauk K 5

Sweetnya pasangan suami isteri ni kan?

Sepanjang berada di Bali, Dato’ Siti telah sempat rakamkan beberapa foto romantiknya bersama suami tercinta dan foto-foto tersebut turut dikongsikan bersama peminat menerusi laman Instagram milik beliau.

Menerusi respon peminat, ramai melahirkan rasa gembira melihat kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi oleh penyanyi ini dan mereka juga berharap agar kebahagaian yang dipamerkan itu akan terus berkekalan.

Instagram Dato' Siti

Untuk semua peminat Dato’ Siti, jom layan beberapa foto romantik beliau bersama suami tercinta selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×