berita

Foto : Tasha Shilla Buka Puasa Bersama Peminat

July 31st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Melodi Raya-58

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pastinya ramai selebriti tempatan mengambil peluang yang ada untuk menganjurkan majlis beramah mesra serta acara berbuka puasa bersama peminat -peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni mereka selama ini.

Nampaknya peluang tersebut turut digunakan oleh pelakon drama Epilog Cinta Kirana iaitu Tasha Shilla.

Menerusi laman Instagram milik pelakon manis ini, Tasha difahamkan telah mengadakan sebuah majlis iftar bersama kelab peminatnya yang dikenali sebagai Tasha Shilla Team pada hari Sabtu lepas, bertempat di Restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor.

Menurut Tasha Shilla, ini merupakan kali kedua pihaknya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya dan dalam masa yang sama dramatis ini turut melahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang hadir.

Alhamdullilah. .terima kasih kepada semua sayang2ku yang hadir pada majlis iftar bersama Tasha..tak lupa juga kod @tashashillateam yang menjayakan majlis iftar buat kali kedua ini. In Shaa Allah ada jodoh dan rezeki kita akan berjumpa lagi..Love uolls???

Sayang2ku selamaya #iftar #27072013 ???

Tasha Shila 6

Tasha bersama salah seorang peminat setianya

Selain menganjurkan majlis berbuka puasa, pelakon ini turut meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang peminat setianya, Norfazilah Idrisii.

Selamat Ulangtahun yang ke -21 kepada @norfazilahidrisii (@tashashillateam ) yang setia bersama Tasha dari zaman facebook sampai la ke zaman instagram …hehe ??? Love u sayang???

Untuk semua peminat Tasha, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik sepanjang majlis berbuka puasa anjuran kelab peminat pelakon tersebut untuk tatapan anda semua.

Sebelum itu, apa kata kita tonton dahulu video Tasha Shilla menyambut ulangtahun kelahiran salah seorang peminat setianya. :

Kredit Foto : Instagram Tasha Shila & peminat-peminat Tasha

SKIP THIS AD ×