berita

Foto Terbaru Marion Caunter Selepas 6 Bulan Bersalin

June 20th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Sudah nama pun selebriti bertaraf antarabangsa, bagi Marion Caunter, mengekalkan imej itu mungkin sudah menjadi salah satu kewajipan.

Selepas lebih 6 bulan sejak melahirkan anak perempuannya yang pertama, Leia Rose Caunter Nasarudin, kelibat Marion Caunter telah dilihat di majlis pelancaran rancangan baru Diva Universal, “Hot Guys Who Cooks”.

Dalam majlis itu, Marion kelihatan menarik dan langsing tidak seperti seorang ibu yang baru sahaja bersalin. Apa pun, OHBULAN! memang memuji tahap profesionaliti Marion dalam mengekalkan imejnya di kaca televisyen. Mari lihat beberapa keping foto yang diambil oleh jurugambar kami, Sherman Sim.

Mungkin kita boleh dapatkan sedikit tips penjagaan badan dari Marion Caunter selepas ini, kan?

Dalam pada itu, sebuah rancangan berjudul “Hot Guys Who Cook” bakal keudara pada 25 Jun ini di Diva Universal. Ia menampilkan 18 orang jejaka-jejaka kacak termasuklah Utt, Alex Yoong, George Young, Redza Minhat, Nat Ho dan beberapa orang lagi jejaka tampan dari seluruh Asia.

Setiap minggu, ia akan menampilkan 3 orang jejaka dengan resipi masakan mereka yang didbuat dalam masa 7 minit serta berkongsi mengenai kehidupan dan juga resipi rahsia mereka. Bagi para wanita diluar sana, OHBULAN! pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini untuk melihat jejaka tampan. Apatah lagi mereka kelihatan lebih bergaya apabila memasak. Nantikan 25 Jun pada jam 9 Malam di Diva Universal.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Diva Universal Asia.

Most Read Today