berita

Foto Terbaru Zamani Slam Lepas Sebulan Jalani Pemulihan

March 11th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-10 at 11.44.13 PM

Rasa seperti masih baru lagi insiden penyebaran video Zamani Slam ketika dia ditangkap akibat dadah tempoh hari.

Walaupun kes masih dibicarakan, korang mesti nak tahu khabar dan bagaimana agaknya Zamani menjalani kehidupannya di pusat pemulihan kan?

Semalam, melalui perkongsian dilaman Facebook, rakan Zamani yang dikenali sebagai Aalan Ahmad ada memuatnaik foto terkini Zamani tau!

Imej Baru Zamani Berambut Pendek

Screen Shot 2015-03-10 at 11.43.43 PM

Jika dilihat melalui perkongsian foto tersebut, kami yakin banyak perubahan positif yang ada. Makin handsome Zamani sekarang selepas memotong rambutnya yang sebelum ini panjang melepasi bahu. Tak melampau kiranya kami kata Zamani nampak lebih muda. Hihi.

Berat Naik 9Kg

Screen Shot 2015-03-10 at 11.46.46 PM

Melalui laporan mStar Online, kami dengar berat zamani naik 9 kilogram sejak dia menjalani pemulihan.

Daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan. Wah hebat!

Zamani Kirim Salam

Screen Shot 2015-03-10 at 4.43.16 PM

Kalau korang nak tahu, sewaktu perbicaraan kes selesai, Zamani ada menyampaikan salam kepada peminat dan mereka yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraannya.

Malah, apabila kami lihat diruangan komen, ramai peminat yang suka melihat perubahan Zamani dan mengharapkan dia terus Istiqomah.

Screen Shot 2015-03-10 at 4.43.58 PM Screen Shot 2015-03-10 at 4.48.26 PM

Kami di OHBULAN! pun mendoakan yang terbaik buat Zamani. Yang lepas biarlah lepas. Setiap manusia melakukan kesilapan, yang penting ia dijadikan sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×