berita

Foto : Tomok Namakan Anak Pertama, Arrianshah Akid

June 1st, 2012 | by Ai | 5 comments
188
reads
Lensa Insta

Buat pertama kali menyebut nama ini, memang sedikit janggal. Tapi selepas disebut untuk kali kedua, boleh tahan juga namanya.

Arrianshah Akid, inilah nama yang diberi pada cahayamata pertama Tomok, bayi lelaki yang bakal mewarnai kehidupan dua orang pasangan ini. Arrianshah selamat dilahirkan Selasa lepas (29 Mei), sekitar jam 6.00 petang dengan berat 3.33 kilogram tanpa sebarang masalah.

Buat para peminat Tomok diluar sana, jika anda adalah salah seorang yang pernah mendengar perubahan suara Tomok dari ‘sengau’ sehinggalah kepada apa yang kita dengar sekarang, kini Tomok semakin matang. Lihatlah dunia, Tomok kini sudah bergelar bapa. Tahniah sekali lagi dari OHBULAN! kepada Tomok.

Jom lihat beberapa keping gambar anak lelaki Tomok dan Ayu selepas ini.

Kredit : Instagram Tomok

5 Comments

  1. aishah says:

    same birthday with me, :D
    hehe..

  2. kunyit says:

    alololo…. comey2…….

  3. hasya says:

    tahniah buat tomok & wife.. Semoga tomok akan menjadi seorang bapa yg bertanggungjawab.. teringat kat zaman tomok & new boyz dulu, masa tgh hit lagu sejarah mungkin berulang, skrg ni dah jadi bapa…

  4. wangi says:

    sempat oh bulan kutuk suara tomok sengau…huhuhuuu….tahniah pada tomok bergelar bapa….

  5. bengong says:

    tu gambor Isma.. mane gambo bini tomok dgn anaknye