berita

Fouziah Gous Sah Bergelar Isteri

September 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

IMG_8016

Dengan sekali lafaz, Fouziah Gous atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30 sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Md Yusof di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor tepat jam 9.42 malam tadi.

Md Zhafran telah dinikahkan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhd Sujak Hj. Mohd Dasuki berwakil wali abang pengantin perempuan, Abd Wahab Mohd Gous dengan mas kahwin RM1,112 beserta wang hantaran berjumlah RM50,000.

Md Zhafran yang mengenakan busana pengantin bertemakan ala Pakistan telah menerima sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, set kafling Mont Blanc dan kaca mata, tali pinggang, pen Mont Blanc dan clutch, set wangian Allure dan penjagaan wajah Lab Series, manisan strawbery serta manisan kurma.

Manakala, Fouziah Gous yang anggun menggayakan busana berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, set barang kemas dan mas kahwin Pointer’s, set wangian Chanel, set Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch YSL dan kaca mata Tom Ford serta manisan coklat.

Majlis pernikahan telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai dan rata-ratanya menggayakan busana bertemakan ala Pakistan, bersesuaian dengan tema yang ingin diketengahkan oleh pihak pengantin.

Untuk makluman, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel JW Marriot, Putrajaya, manakala untuk keluarga lelaki pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga Zhafran sendiri di Bukit Jelutong, Shah Alam.

SKIP THIS AD ×