berita

G-Dragon Tetap Buat Persembahan Walaupun Terbabit Dalam Kemalangan

August 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen-Shot-2014-01-14-at-10.03.56-PM

Terkejut kami ketika membaca laporan portal Soompi yang mengatakan bahawa salah seorang ahli kumpulan BigBang, G-Dragon terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.

Menurut syarikat produksinya, ketika insiden itu berlaku, G-Dragon berada di dalam sebuah van bersama pengurus dan beberapa kru syarikat. Kami dengar kemalangan tersebut membabitkan tujuh kenderaan. Banyak betul!

Bagaimanapun, G-Dragon dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya telah ditukarkan ke van lain dan terus ke Busan untuk membuat persembahan.

12564-8a0t3cujqf

Wah gigih betul si G-Dragon ni. Baguslah begitu, sekurang-kurangnya dia tidak menghampakan peminat yang pastinya menanti kemunculan penyanyi ini. Betul tak?

Apapun, kami gembira kerana tidak berlaku apa-apa insiden buruk terhadap G-Dragon. Iyalah, walaupun hanya minor accident, kena juga diambil perhatian.

SKIP THIS AD ×