berita

Gadget Dan Dompet Anti Penyeluk Saku Digital? Boleh Percaya Ke?

January 24th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

“Belilah dompet dengan teknologi RFID Protection yang mampu menghalang kecurian digital!” atau “Gadget yang mampu mengelakkan kecurian digital!” Korang pernah nampak tak post-post macam ni dekat social media? Sejauh mana kebenarannya? Kalau betul.. kenapa tak kecoh-kecoh eh?

Tapi, sebelum tu.. boleh ke duit kita ni kena curi macam tu je? Bukan kena ada nombor pin ke?

Kalau dekat internet tu, rata-rata kata pembayaran guna debit dan kredit ni tak bagus dan senang hilang duit. Betul ke? Haa.. tak semua yang kita baca di laman sosial tu betul. Korang kena juga  buat research tau jangan main percaya je.  Ni kami di OH!BULAN tolong senaraikan soalan paling kerap ditanya mengenai paywave atau pembayaran secara debit dan kredit ni.

Selamat ke paywave ni?

Jawapannya, sangat sangat selamat!  Kenapa? Sebab pembayaran menggunakan debit atau kredit menggunakan security yang paling power dan menggunakan teknologi cip EMV  dimana prosesnya sama je macam korang cucuk duit kat ATM tu. Kena lah ada nombor pin! So, siapa yang ada nombor pin kad tu? Korang jelah!

Selain tu, kad tersebut dilengkapi sistem pencegahan risiko untuk melindungi kesemua transaksi!

Antara ciri-ciri keselamatan yang digunakan ialah:

  • Ultra Short Read Range. Maksudnya, telefon atau kad paywave korang kena ada betul-betul dekat dengan reader tu baru lah boleh buat transaksi. Ha, so kalau jauh sikit je dah tak boleh detect dah.
  •  Selain itu, ada cryptographic code yang akan berubah-rubah untuk setiap transaksi menggunakan kad visa ni.
  • Sistem VisaNet pula merupakan sistem mampu untuk mengenal pasti dan menghalang penipuan transaksi.

Kalau dalam purse ada lebih dari satu kad, reader detect semua kad ke? Kena charge banyak ke?

Jawapannya, TIDAK.

Card reader kedai tu hanya boleh detect satu kad je dalam satu-satu masa. Korang kena keluarkan kad dan tap di card reader tu sendiri. Dekat POS tu mesti tulis card error kalau letak banyak card!

Kalau terlalu depan Point Of Sale (POS) reader, boleh terbuat transaksi ke?

PUN TAK JUGA GUYS.

Untuk transaksi tu berjaya, kad tu kena berada dalam 4cm dari card reader selama beberapa saat. Selain itu, cashier kena isi dulu amount dekat POS  lepastu baru lah korang kena approve. Ha, kalau setakat lalu je korang dah kena charge habislah kalau time shopping macam mana kan?

Informasi apa eh yang selalu dihantar time payment tu?

Ketika transaksi, informasi yang dihantar ialah nombor akaun, expiry date dan kod unik yang berubah-rubah untuk setiap orang. Kod unik ni bukan kod yang dekat belakang tu tau. Ni yang lain. Direka untuk cegah pencuri-pencuri digital ni lah.

Jadi kalau penjenayah tu nak amik duit korang, memang tak ada chance lah weh, jangan mimpi!

So..patut beli ke dompet dan gadjet tu..?

TAK PERLU GUYS! Jangan bazirkan duit korang!

Korang tak perlu nak habiskan duit sebabnya kad tu dah pun ada ciri-ciri keselamatan dia tersendiri! Tip-top pulak tu tahap keselamatan kad tu.

Apa yang korang baca selama ni memang salah dan tak betul pun! Ada sesetengah pihak sengaja nak memutar belitkan fakta. Ada juga yang kasi informasi palsu untuk jual barangan yang diorang ada.

So korang jangan sesekali terpedaya okay? Ada sesetengah perkara boleh dibaca online tapi ada perkara korang kena semak juga. Kalau tak, termakan diri sendiri nanti. Kalau korang rasa curious, korang boleh terus call bank dan minta penjelasan.

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×