berita

Gadis Ini Terima Hadiah Daripada Budak Lelaki Yang Tak Dikenali & 14 Tahun Selepas Itu..

August 16th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Di Amerika Syarikat mereka meraikan Samaritan’s Purse, dimana kebanyakan kanak-kanak di sana membeli hadiah dan seterusnya menghantar hadiah tersebut kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik di seluruh dunia. Dalam banyak-banyak hadiah, salah satunya telah sampai ke tangan budak perempuan dari Filipina bernama Joana.

Di dalam kotak hadiah tersebut terdapat sekeping foto dari pengirim yang bernama Tyrel Wolfe dari Idaho, Amerika Syarikat. Joana ingin tahu dan berhubung dengan Tyrel, akhirnya berkat usaha 14 tahun selepas itu mereka berjumpa.

Ingin hantar surat tapi tidak kesampaian

Selepas terima hadiah dari Tyrel, Joana ingin mengutus surat untuk Tyrel tetapi malangnya surat tersebut tidak kesampaian. Sebabnya juga tidak diketahui. Beberapa tahun selepas itu, Joana cuba mencari Tyrel melalui Facebook dan akhirnya dia jumpa akaun Facebook milik Tyrel.

Tetapi Tyrel telah mengabaikan Friend Request yang dihantar Joana dalam beberapa bulan, dan selepas itu baru lah Tyrel terima Joana sebagai rakan Facebook.

Selepas menjadi rakan di Facebook, mereka berborak seperti biasa dan tak lama selepas itu mereka mula jatuh cinta. Tyrel ambil keputusan untuk terbang ke Filipina dan berjumpa dengan Joana. Joana berkata dia menangis sebaik sahaja berjumpa Tyrel kerana selepas beberapa tahun, akhirnya dia dapat lihat sendiri wajah lelaki yang memberikannya hadiah 14 tahun lepas.

Tyrel pula tidak mahu melabelkan kisah cinta mereka ini sebagai cinta internet tetapi lebih menganggap sebagai takdir jodoh mereka untuk dipertemukan. Joana dan Tyrel sudah berkahwin.

Sumber: Rachfeed.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×