berita

Gaduh Laki Bini, Pemandu Grab Jadi Mangsa

July 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Perkhidmatan e-hailing semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna kerana kualiti dan harganya yang murah berbanding teksi. Namun, keselamatan tetap bangkit dan menjadi isu yang masih perlu diberi penambahbaikan.

Seorang pemandu Grab berhadapan pengalaman menakutkan apabila mendapat penumpang yang membuat tuduhan berat setelah sampai ke destinasi dituju.

Sampai rumah, tak mahu turun

Pemandu berkenaan dituduh merogol penumpang wanita dibawanya sebelum diserang suami wanita terbabit sejurus sampai ke rumah penumpangnya itu.

Apabila tiba di rumah, wanita itu tidak mahu turun dan meminta pemandu Grab membawanya ke kawasan sekitar kerana mendakwa sedang mengalami masalah rumah tangga.

Dalam perjalanan wanita terbabit mendakwa tertidur di dalam kenderaan dan mendakwa dirinya dirogol namun dia tidak melawan. Sebelum sampai di rumah semula, dia menghantar SMS kepada suaminya dan memaklumkan dirinya dirogol.

Tiba di rumahnya, suami wanita itu sudah menunggu dan terus menyerang pemandu berkenaan mengakibatkan kecederaan di kepala dan tangan.

Polis terima 2 laporan

Gambar hiasan

Katanya, dalam kes itu, pihaknya menerima dua laporan polis masing-masing dibuat suami kepada penumpang wanita berkenaan yang berusia 31 tahun dan mendakwa isterinya dirogol, manakala pemandu Grab itu turut membuat laporan polis menyatakan dirinya diserang.

Susulan laporan yang diterima pihak polis menahan kedua-dua lelaki itu dan kes disiasat mengikut seksyen 376 dan 342 Kanun Keseksaan.

Hasil saringan ujian air kencing terhadap pemandu Grab adalah negatif, sementara suami wanita terbabit positif dadah selain turut mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×