berita

Gaduh Sebab Rebut Awek Rupanya…

March 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam tular video kejadian buli terhadap seorang pelajar di sekolah menengah di Nilai. Malah, video berdurasi 19 saat ini menyaksikan seorang pelajar ditumbuk bertubi-tubi dan ditendang oleh beberapa pelajar lain dari sekolah yang sama.

Menurut laporan Metro,  kejadian itu dipercayai berlaku pada 10.30 pagi, kelmarin. Malah, kejadian tersebut turut dipertonton oleh 10 orang pelajar lain yang berpakaian seragam sekolah. Apa punca pergaduhan sebenarnya?

Berebut awek

https://www.youtube.com/watch?v=IsF45HTHVuU

Video ini telah tular di media sosial berhubung kes pergaduhan pelajar sekolah menengah, kelmarin. 5 pelajar lelaki berusia 16 tahun merakam dan memukul seorang pelajar lelaki. Siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu berlaku pada Isnin lalu, disebabkan perebutan ‘awek’ di sekolah berkenaan.

Bertindak atas penyebaran video berkenaan sejak semalam, sepasukan anggota polis mengunjungi sekolah itu untuk menahan mereka untuk siasatan, hari ini.

Mangsa patah tangan

Pelajar yang patah tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari wad. Mangsa pula tidak cedera serius.

Seorang pelajar didapati patah tangan kiri selepas tergelincir dan jatuh atas lantai. Bagaimanapun, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian dari mana-mana pihak. Malah, mereka mengetahui pergaduhan itu menerusi video yang tersebar di media sosial.

Credit: myMetro

SKIP THIS AD ×