berita

Gambar Rare Cyberjaya 21 Tahun Lalu, Sebuah Bandar Yang Diinspirasikan Oleh Tun Mahathir.

June 7th, 2018 | by Mastura
Kini Trending

Bercakap mengenai Cyberjaya, kita tak boleh lari daripada teknologi dan perkara berkaitan dengan kreativiti. Ia merupakan sebuah bandar terancang yang dirasmikan pada tahun 1997.

Cyberjaya merupakan sebuah bandar hijau dan kini juga adalah sebuah model bandar pintar bertaraf MSC.

Tapi cakap pasal Cyberjaya ni pernah tak korang bayangkan keadaan Cyberjaya pada 21 tahun yang lepas, sebelum terbinanya bangunan-bangunan yang gah kat situ.

Haa.. Jom admin share dengan korang gambar rare Cyberjaya 21 tahun yang lalu.

Cyberjaya 21 tahun dahulu.. Haaa.. Lain kan?

Gambar kat atas ni diambil pada tahun 1997. Kalau korang nak tahu. Tapak asal Cyberjaya ni sebenarnya sebuah ladang kelapa sawit tau.

Cuba korang bandingkan dengan sekarang, berbeza sangat kan? Yelah, sebab sekarang kan dah ada banyak bangunan kat situ. Secara tak langsung landskap kat kawasan tu pun turut berubah.

Memori, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Ke-4.

Haa..Gambar ni diambil pada 17 Mei 1997, sewaktu Tun M memegang jawatan Perdana Menteri keempat. Masa ni, Tun M sedang menurunkan tandatangan dalam majlis pecah tanah untuk pembangunan Cyberjaya.

Gambar ni pula, diambil masa Tun M sedang melihat pelan model pembangunan Cyberjaya. Nampak tak ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali kat gambar ni? Masa ni, beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Muda lagi wajah-wajah pemimpin kita masa ni kan?

Dan kini…. Inilah wajah Cyberjaya yang terbaru.

Hebatkan pembangunan dekat Cyberjaya sekarang? Siapa je boleh bayangkan, sebuah kawasan ladang kelapa sawit, kini bertukar wajah menjadi model bandar pintar di Malaysia.

Terdapat universiti-universiti terkemuka negara.

Bukan itu saja, dekat Cyberjaya ni juga ada beberapa universiti tau, contohnya, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang secara tak langsung, telah membantu merancakkan lagi pertumbuhan dekat kawasan tu.

21 Tahun terus memacu pembangunan bersama Cyberview.

Pembangunan pesat ini telah memberi impak positif kepada penduduk Cyberjaya yang kebanyakkannya terdiri daripada komuniti pelajar dan pekerja dalam bidang teknologi.

Usahasama yang dijalankan oleh pelbagai pihak seperti Majlis Perbandaran Sepang, Setia Haruman Sdn Bhd, MDEC, MaGIC serta pemaju-pemaju lain menyumbang kepada pemesatan pembangunan bandar ini.

Haaa… Dan kini Cyberview, dengan mandat baru yang diberikan oleh kerajaan Malaysia, terus mengorak langkah untuk membangunkan Cyberjaya sebagai sebuah Hab Teknologi Global bagi memperkasakan daya inovasi, teknologi dan kreativiti di Cyberjaya dan juga di seluruh negara.

Cyberview juga bertanggungjawab menerajui pembangunan di Cyberjaya yang juga merupakan salah satu bandar siber di Malaysia tau.

Selain itu, Cyberview memainkan peranan utama dalam melengkapkan ekosistem teknologi di Cyberjaya dengan memangkin pembangunan infrastruktur, kepakaran dan bermacam-macam lagi.

Semua ini menjadi tunggak kepada acuan unik di Cyberjaya.

Bermula dari pemilik tanah kepada penggerak hub teknologi, Cyberview berjaya mengorak langkah menjadi kawasan tumpuan pelabur dari dalam dan luar negara, seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara.

Haa… Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Cyberview ni, klik je kat sini, mana tahu korang mungkin bakal peneraju Cyberjaya pada masa hadapan kan?

 

Most Read Today