berita

Gambar Tu Bukan Untuk Dia Seorang – Erin Malek Jawab Isu Gambar Menggoda

October 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 7 Oktober lalu, sebuah blog hiburan telah mengeluarkan sekeping foto ‘daring’ milik pelakon manis, Erin Malik yang telah di muat naik menerusi akaun Twitter miliknya sendiri.

Menerusi foto tersebut, jelas memaparkan Erin Malek yang hanya mengayakan gaun malam yang nipis serta bahagian tali bahu yang terlerai, sedikit sebanyak menimbulkan imaginasi nakal, kerana pemandangan sebegini biasanya menjadi amalan suami isteri yang sah sahaja.

Berikutan foto ‘daring’ tersebut, pihak OHBULAN! cuba menghubungi Erin Malik dan mendapatkan kenyataan pelakon itu sendiri.

Menurut Erin, foto yang di muat naik itu bukanlah untuk ditujukan kepada kekasihnya, Walid Wahid seorang sahaja, tetapi ia ditujukan khusus untuk semua followernya.

“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua.’ Erin saja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.”

Ketika diajukan soalan, tidakkah Erin sedar foto tersebut telah hebat diperkatakan oleh peminat-peminat dan ada yang memberikan komen negatif terhadap dirinya?

Lantas pelakon ini menjawab, “Erin sebenarnya tak baca sangat berita-berita hiburan ni. Selalunya Erin dapat tahu benda-benda macam ini daripada kekasih Erin sendiri. Dia yang selalu baca dan akan beritahu Erin. Lagipun Erin tak nak baca dan tak nak tahu apa komen-komen negatif tu. Kalau baca nanti Erin akan sakit hati dan akan patah semangat untuk bekerja.”

“Yang pasal isu gambar ni pun Erin dapat tahu daripada Walid dan dia juga yang suruh Erin buang gambar tu.”

Tambah Erin lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa ramai pihak sering mencari kesalahannya dan membangkitkan isu yang sudah berlalu. Mungkinkah disebabkan usia Erin masih lagi muda dan tidak layak untuk perkara-perkara sebegitu?

“Apa je yang Erin buat mesti orang akan cakap. Macam sebelum ini isu bertindik lidah. Isu tu sebenarnya dah 2 tahun berlalu, tapi sekarang ini masih lagi ada orang ungkit dan tanya benda yang sama. Kenapa agaknya ya?”

“Erin tak fahamlah. Kenapa artis-artis lain tak ada masalah. Erin rasa ini tak adil untuk diri sendiri.”

“Rasanya Erin kena mengalah dalam isu-isu macam ni. Lagipun ini tempat untuk Erin cari makan, bukannya untuk cari kontroversi atau publisiti. Erin pun makin lama makin matang,” ujar Erin penuh kesal dengan apa yang telah berlaku.

Apabila diajukan soalan berkaitan kekasihnya pula, Erin akui dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungannya dengan Walid akan berakhir.

“Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Erin pun tak pasti dia akan jadi suami Erin ataupun tak.”

“Walaupun dah 2 tahun, hubungan kami takdalah serius sangat. Kami memang rapat dan dalam masa yang sama, dia juga boleh jadi teman karib Erin.”

Berikutan isu ini, timbul juga persoalan adakah selepas ini Erin akan lebih berhati-hati untuk memuat naik foto peribadinya. Dengan rasa rendah diri Erin menjawab,”Ya, lepas ini Erin akan lebih berhati-hati untuk upload mana-mana gambar dekat Istagram ataupun Twitter. Kalau boleh Erin akan update pasal kerja je.”

SKIP THIS AD ×