berita

Gara-Gara Ditegur Etika Pemakaian, Pelajar Ini Diserang Panic Attack Dan Hilangkan Diri

February 22nd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ramai masyarakat berpendapat tanggungjawab seorang tenaga pengajar kelihatan mudah. Hanya mengajar dan memberi tugasan untuk diselesaikan kepada pelajar. Tapi tahukah korang yang tanggungjawab seorang guru atau pensyarah amat berat? Segala keselamatan dan keadaan pelajar di dalam kawasan sekolah adalah tanggungjawab guru.

Seorang tenaga pengajar di salah sebuah kolej tempatan sempat berkongsi pada laman Facebook mengenai pelajar yang hilang selama 6-7 jam selepas keluar dari bilik presentation. Hal demikian telah menimbulkan perasaan cuak setelah dimaklumkan pelajar tersebut mengalami panic attack.

Tegur pemakaian

Guru ini dikatakan menegur cara pemakaian pelajar dan tegas untuk tolak markah sekiranya tidak mengikuti etika pemakaian sebelum presentation.

Kerah pelajar cari

Ujar guru ini, dia mengarahkan pelajar yang lain untuk memenuhi ruang kelas dan menyaksikan perbentangan tersebut. Pelajar berkenaan minta izin untuk keluar sekejap dan dia mulai hilangkan diri hampir 6-7 jam. Guru berkenaan menyuruh pelajar lain mencari di sekitar kolej dan gagal menemuinya.

Hilang 7 jam

Kes ini segera dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut. Dimaklumkan bahawa anak mereka mengalami panic attack dan trauma dari kes buli yang pernah dialaminya suatu ketika dulu. Dia turut mengalami masalah tahap nervous dan stress melampau sehingga pernah keluar dari sekolah dan tidak pulang ke rumah.

Malah, guru ini turut rasa bersalah kerana melakukan hal demikian tetapi dia juga merasa geram terhadap si pembuli kerana menjadi penyebab individu lain menjadi mangsa keadaan.

Credit: Facebook Mysara Ramlan

SKIP THIS AD ×