berita

Gara-Gara Komen Ini, Siapa Sangka Watak Karya Arwah Lengkuas ‘Mat Despatch’ Sebenarnya Wujud

August 12th, 2017 | by Shafika | 0 comments
30.2K
reads
6.7K
shares
Kini Trending

Kalau anda seorang penggemar majalah komik Ujang, pasti anda tahu watak Mat Despatch dan bosnya. Semalam, kartunis Lengkuas yang sinonim dengan komik Mat Despatch telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Artikel Berkaitan : Lengkuas Pelukis ‘Mat Despatch’ Meninggal Dunia

Terbaru, salah seorang pengguna Facebook yang bernama Caron meninggalkan komen yang menarik perhatian netizen di ruangan komen kartunis Ujang. Dia mendakwa watak Caron di dalam komik itu adalah dirinya yang sebenar. Komen itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak menyangka karakter di dalam komen itu wujud.

Watak Caron wujud?

Kalau korang perasan, watak Caron merupakan seorang watak pekerja berbangsa Cina yang turut menjadi watak utama di dalam komik ini. Wataknya menjadi seorang pembantu bos yang cantik dan sering menjadi mangsa kenakalan Mat Despatch.

Kalau diingatkan balik komik ini, memang agak lucu. Namun, siapa sangka sebenarnya wujud karakter Caron ni.

Tiada lagi watak Caron tanpa kamu – Caron

Watak bos Encik Zainol wujud

 

20 tahun baru tahu wujud

Siapa sangka watak-watak dalam cerita Mat Despatch arwah Lengkuas benar-benar wujud.

Pehhh selepas berbelas tahun menjadi penggemar karya Mat Despatch baru tahu.

#Lengkuas
#MatDespatch
#2ringgit

Sumber : Tular