berita

Gara-Gara ‘Sabotaj’, Shahir Tarik Diri Bertanding Di Pentas Akhir AF Megastar?

October 20th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Kisah Shahir AF dengan pramugari Fireflyz, Mona Syamimi Mohd Samsudin nampaknya masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Mona ketika ditemui Harian Metro seketika tadi, menjelaskan perhubungannya dengan penyanyi tersebut bukan seperi diakui Shahir. Katanya, keabkraban yang terjalin antaranya dengan finalis AF Megastar itu sejak sebulan lalu merentasi batasan seorang artis dan peminat.

Rentetan kontroversi yang melanda penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, hanya beberapa jam lepas, Shahir telah tampil dengan suatu kenyataan baru yang bakal mengecewakan hati ramai peminat.

Tarik diri pentas akhir AF megastar

Menerusi akaun Instagram miliknya yang kini telah pun di’private’kan, Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi memaklumkan yang dia akan menarik diri daripada bertanding di pentas akhir AF Megastar demi merealisasikan impian sesetengah pihak yang didakwa ‘iri hati’ dengan kejayaannya.

Adakah Mona yang dimaksudkan?

Mona atau lebih mesra disapa Mimi sebelum ini meluahkan kepada Harian Metro dia berasa kecil hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Shahir baru-baru ini yang menempatkan dirinya hanya sekadar peminat kepada penyanyi tersebut.

Menerusi temubual eksklusif itu, Mimi sempat menunjukkan bukti perbualan yang dikongsi bersama Shahir, seolah hubungan mereka itu lebih daripada seorang peminat. Katanya, Shahir pernah meluahkan kata-kata manis kepadanya sepanjang perkenalan mereka.

Apa-apa pun, harap tak betul la cerita dia tarik diri ni, dah final kot!

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×