berita

Gara-Gara Video ‘Like A Dog’, Seniman Cadang Namewee Dilucut Kerakyatan

February 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Youtuber Namewee tidak pernah lekang dengan kontroversi. Beberapa tahun sebelum ini dia pernah memuatnaik lagu yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia berbilang kaum. Tidak berhenti di situ, untuk Tahun Baru Cina, dia ada menghasilkan video muzik dengan tema anjing yang juga menjadi perdebatan.

Video berkenaan memaparkan lelaki dengan topeng pelbagai spesies anjing mendapat perhatian netizen kerana menunjukkan aksi berunsur lucah. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mempunyai pendirian sendirian mengenai hal itu.

Namewee biadap

Presidennya, Zed Zaidi mencadangkan kepada kerajaan supaya melucutkan kewarganegaraan Namewee atau Wee Meng Chee kerana penghasilan video berkenaan. Tambahnya, Namewee telah banyak mencipta kontroversi sebelum ini seperti tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.

Menurutnya lagi, video berkenaan menunjukkan kebiadapan Youtuber itu berkemungkinan sudah terbiasa dengan luar negara sehingga tidak faham budaya tempatan.

Pihak kami menyifatkan Namewee seorang yang biadap. Mungkin dia terlalu lama menetap di luar negara hingga tidak memahami sensitiviti agama dan budaya

Patut dipenjara atau dilucut kewarganegaraan

Ujar Zed lagi, isu yang ditimbulkan oleh Namewee bukan sekali malahan sudah banyak kali berulang sebelum ini. Sepatutnya Namewee dipenjara dan dilucutkan kewarganegaraan. Malahan, Namewee juga patut mengharamkan dari membuat persembahan kerana mencalarkan imej penyanyi.

Sebagai persatuan artis, kami berharap kerajaan mengharamkan Namewee untuk mengadakan persembahan awam. Ia berikutan Namawee mencalarkan imej penyanyi.

Like A Dog – Namewee

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×