berita

Gary ‘Running Man’ Bakal Ke Malaysia Juga?

November 26th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Kang-Gary

Sebelum ni pernah timbul berita mengenai dua orang bintang rancangan Running Man iaitu Haha dan Lee Kwang Soo yang akan menjejakkan kaki ke Malaysia.

Artikel berkaitan:

Dan kali ini Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun yang sering digosipkan bercinta dengan Song Ji Hyo di dalam RM juga dikatakan bakal menemui para peminatnya di Malaysia pada tahun hadapan.

Namun kedatangan Gary bukanlah sebagai wakil daripada program terkenal tersebut, sebaliknya penyanyi rap itu akan tiba bersama teman penyanyi, Gil Seong-jeon bersempena dengan showcase pertama mereka di Asia.

1173737_602534953123810_125331629_n

Leessang terdiri daripada Gary dan Gill

Untuk pengetahuan anda, duo hip hop yang dikenali sebagai Leessang ini akan mengadakan Leessang 1st Asia Showcase in Malaysia pada 11 Januari 2014 jam 7 malam bertempat di KWC Fashion Mall.

Bagi mereka yang meminati Gary dan Gill, anda boleh mendapatkan tiket pra-jualan bermula dari 30 November 2013 dari jam 11 pagi hingga 7 petang di Viva Mall, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari laman Facebook rasmi Leessang untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut.

Untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sediakan muzik video berjudul Tears daripada Leessang untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×