berita

Giliran Rozita Che Wan Belanja Gambar Romantis Dengan Suami. Trend Masa Kini?

May 5th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-05-05 at 11.04.10

Minggu lepas, Diana Danielle dikritik gara-gara memuat naik sekeping gambar mesra bersama suaminya, Farid Kamil ke laman sosial Instagram.

Walaupun tiada salahnya berbuat demikian kerana mereka adalah pasangan suami isteri, namun terdapat juga pendapat lain yang mendakwa gambar tersebut kurang wajar dikongsikan untuk tatapan umum.

Diana pula memberi komen balas dengan menjelaskan dia hanya duduk di sebelah Farid dan tiada apa yang salah dengan gambar tersebut.

fariddd

Foto mesra Diana Danielle dan Farid Kamil

Nampaknya, bukan Diana seorang sahaja yang cuba berkongsi kebahagiaan suami isteri dengan khalayak ramai, hari ini Rozita Che Wan juga dilihat mengikut jejak langkahnya.

Beberapa jam yang lepas, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik sekeping foto bersama Zain yang tidak berbaju sedang berbaring di atas katil berlatar-belakangkan kelopak bunga mawar berbentuk dua hati.

Screen Shot 2014-05-05 at 11.45.16

Menerusi ratusan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Che Ta di laman sosial berkenaan, ada yang seronok melihat pasangan suami isteri itu bersikap romantis terhadap satu sama lain. Bagaimanapun, ada juga yang menasihati agar tidak terlalu mendedahkan perihal rumahtangga kepada umum.

Screen Shot 2014-05-05 at 11.05.55

Difahamkan, Che Ta dan Zain sedang bercuti atau mungkin sahaja mereka menikmati bulan madu untuk kesekian kalinya. Bahagianya jadi Che Ta, walaupun sedang hamil tetap dimanjakan suami dan dilayan bak puteri.

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

SKIP THIS AD ×