berita

Girls Generation (SNSD) Di Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix, 29 Mac Ini!

March 11th, 2015 | by Ai | 3 comments
1.2K
reads
2
shares
K-POP

gg-750x422

Berita baik buat peminat kumpulan K-Pop, Girls Generation! Khabarnya kumpulan ini akan datang ke Malaysia pada 29 Mac 2015.

Macam mana kami tahu? Sebenarnya, Sepang International Circuit (SIC) telah mengumumkan bahawa Girls Generation bakal membuat persembahan di konsert selepas perlumbaan Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix  nanti.

Kalau korang tak sabar dan teringin sangat nak tengok Taeyeon, Tiffany, Yoona, Sooyoung, Sunny, Hyoyeon, Yuri dan  Seohyun membuat persembahan, cepat-cepat dapatkan tiket sekarang.

girls-generation-8-members

Tiket dijual dengan harga bermula dari RM80 hingga RM1,770. Bergantunglah korang nak yang mana. Hehe.

Oh ya, sebelum terlupa, konsert bakal diadakan di Helipad Litar Sepang. Tiket dijual secara online di website Sepang International circut (SIC) dan juga di NU Sentral.

Jadi apa tunggu lagi. Jom semua SONE kita serbu sekarang!