berita

Gosip: Artis Lelaki Kahwin Hanya Kerana Nak Bolot Harta Mentua?

July 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

sarung cincin-2

Semua orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia sampai ke akhir hayat. Susah, senang, kaya dan miskin biarlah bersama-sama ye tak?

Tapi, bila terbaca artikel myMetro semalam, kami pun tak sangka rupanya ada juga individu yang masih lagi sanggup menggadaikan ikatan suci perkahwinan semata-mata kerana harta.

Menurut artikel tersebut, artis lelaki itu berkahwin dengan isterinya bukan sebab perasaan cinta, sebaliknya mahu rebut harta mentuanya yang kaya-raya. Adoi. Minta jauh la lelaki kaki kikis macamni!

“Patutlah SS tengok ketika bercinta lagi artis itu yang popularitinya hanya suam-suam kuku nampak begitu hebat dengan kereta besar dan asyik bergaya dengan barangan berjenama.

Lepas kahwin lagilah. Perkahwinan mereka juga meriah dan mewah kerana mendakwa mentua sanggup berhabis menaja.

Namun kata orang kalau tidak ikhlas dan suka mengambil kesempatan, sukar untuk kita mempertahankan sesuatu itu dengan lama. Perkahwinan artis itu kini mula bergolak dan sikapnya sudah terbongkar pada pengetahuan isteri dan mentuanya.”

Kalau betullah artis lelaki ini buruk perangai seperti yang didakwa, maka tak hairanlah esok lusa terdengar pula berita perceraian dia dan isterinya kan. Tapi, harapannya tak nak lah sampai bercerai-berai dan dia bakal sedar dengan kekhilafannya itu.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×