berita

Gosip Zul Ariffin Didakwa Bersosial & Peluk Perempuan Tersebar

October 3rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-03 at 1.23.45 PM

Sejak tercetusnya fenomena Rindu Awak 200% nama Zul Ariffin semakin menjadi bualan peminat. Rata-rata mereka masih teruja dengan watak Zill Faezrul dalam drama tersebut.

Tapi gambar yang baru tersebar di laman internet ni pasti membuatkan ramai peminat perempuan makan hati. Bahkan, kami pun terkejut bila melihat foto Zul Ariffin memeluk seorang perempuan dikongsikan di sebuah forum malam tadi.

Menurut forum tersebut, foto Zul dengan wanita misteri ini dikatakan diambil ketika pelakon lelaki berkenaan berada di Langkawi untuk sebuah sesi penggambaran.

Screen Shot 2014-10-03 at 1.24.31 PM

Kemaskini Zul Ariffin beberapa hari lepas di Langkawi

Ada yang meneka susuk tubuh wanita ini tak nampak seperti badan kekasih Zul iaitu Gayatri. Aik, mustahil Zul nak berskandal pula sedangkan memang semua dah sedia maklum bahawa mereka masih lagi hangat bercinta.

Banyak sebenarnya persoalan yang timbul di kepala mengenai foto ini. Siapa yang sebar dan siapa perempuan yang dipeluk itu? Adakah ia merupakan foto lama? Nak tahu kebenarannya? Maka, kita tunggu sahaja jawapan Zul.

Kredit: Instagram Zul Ariffin

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×