berita

Green Tea Pilihan Fazura

July 2nd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

NUR Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Fazura merupakan seorang selebriti tv yang boleh dikira sangat bagus dalam setiap pekerjaan lakonannya. Disebalik kejayaan kariernya itu terdapat satu sebab yang membuatkan beliau sering menjadi perhatian ramai. Selain bagus dalam bidang pekerjaan lakonannya beliau juga seringkali mendapat peluang menjadi duta-duta bagi produk kecantikan seperti produk LUX, NUTOX dan juga AVON.

Fazura juga sangat bertuah kerana beliau merupakan salah seorang selebriti tv yang memiliki rupa paras yang cantik dan berkulit mulus. Wajah dan kulit Fazura yang sentiasa tampil segar dan berseri-seri membuatkan ramai yang ingin tahu apakah rahsia sebalik kecantikannya itu. Kata Fazura sendiri “Green Tea” merupakan antara minuman yang menjadi pilihan beliau untuk sentiasa kekal cantik.

Selain green tea menjadi pilihan minuman kesihatan untuk beliau, terdapat juga beberapa bahan kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil oleh Fazura sendiri untuk mengekalkan kecantikan bagi wajah dan kulit beliau. Mari kita ikuti sedikit perkongsian rahsia kecantikan yang Fazura miliki.

Kredit Foto : Yotube

SKIP THIS AD ×