berita

Gwen Stefani Ibu Paling Stailista!

September 5th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

‘Do Not Speak’. Mungkin ini yang akan dilakukan anak beliau iaitu Kingston terhadap pihak luar mengenai gaya pemakaian ibunya.

Rasanya, mungkin Kingston tidak akan meminta ibunya memberhentikan kereta sebelum sampai pintu pagar sekolah.

Ini kerana, penyanyi tersebut merupakan ibu stailista yang paling ‘cool’ terhadap cara pemakaian yang ditonjolkan.

Baru-baru ini, penyanyi yang seksi lagi menawan tersebut dilihat muncul di LAX airport bersama-sama dengan anak beliau dan suami untuk penerbangan dengan berpakaian ala-ala pop star.

Penyanyi berusia 42 tahun itu berketerampilan dengan topi hitam Fedora ala-ala koboi, dengan gabungan aksesori kaca mata hitam, jaket houndstooth, leggings dan sepasang funky Doc Marten boots.

Tambahan pula, aplikasi solekan tipis dan semestinya gincu merah yang menjadi ‘trademark’ beliau menyerlahkan lagi sifat feminin dalam penggayaan.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ianya diibaratkan sebagaimana Gwen Stefani dan Kingston dalam cara berfesyen. Kingston kini semakin bijak berfesyen dengan T-shirt Iron man, sepasang kasut yang funky dengan tambahan animal face print dan seluar berona kelabu gelap.

SKIP THIS AD ×