berita

Hadiah Untuk Korang Sempena Ramadhan Oleh Secret Recipe, Berguna Untuk Raya Nanti!

May 15th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Bulan Ramadan dah tiba. Selain menahan lapar dan dahaga, bulan Ramadan juga mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Kalau nak berbuka puasa dengan keluarga atau kawan-kawan, korang mesti nak tempat makan yang best. Betul tak?

Nak lagi best, jom berbuka di Secret Recipe. Haa.. Kalau nak tahu, selain kek, di Secret Recipe juga ada menu main course yang menyelerakan dan sempena Ramadan ni, mereka ada menu baru tau!

Tapi sebelum tu, korang kena dapatkan benda ni kat Secret Recipe dengan segera sebelum raya. Benda apa tu?

Hadiah eksklusif musim perayaan, dapatkan segera!

Secret Recipe ada hadiah eksklusif musim perayaan untuk korang. Bestnya! Dengan pembelian sebiji kek, korang boleh dapat “My Secret Box” dengan harga RM9.90 sahaja! Murah dan berbaloi kan? Box ni special tau, bukan biasa-biasa. Wow!

Selain mudah dibawa, “My Secret Box” ni juga boleh digunakan untuk menghidang. Memang berguna sangat bila rumah korang buat open house waktu raya nanti. Sangat reusable! Belikan untuk mak korang, confirm diorang suka. Hehe.

Nasi Tomato Kencana, menu baru sempena Ramadan

Menu baru sempena Ramadan iaitu Nasi Tomato Kencana kat Secret Recipe ni memang mengancam! Tengok pun dah terliur. Yummy!

Dilengkapi dengan ayam goreng rangup, telur goreng dan acar. Nasi Tomato dia memang win! Ayam gorengnya pulak sangat crunchy dan crispy. Memang ngam kalau makan dengan Nasi Tomato tu. Acar dia pun sedap beb.

 

Promosi tambahan lagi menyengat, take note!

Secret Recipe juga ada promosi tambahan iaitu beli dua percuma satu hidangan utama. Promosi ni bermula 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018. Boleh take away! Tak ada masalah. Tertakluk pada terma dan syarat ya.

Kalau korang nak berbuka puasa kat Secret Recipe ramai-ramai, boleh la guna promosi ni. Beli tiga hidangan utama, dapat percuma tiga minuman dan satu Deep Fried Wonton. Promosi ni juga bermula 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018. Tertakluk pada terma dan syarat.

Tahun ni nak try berbuka puasa kat Secret Recipe la. Dah la ada menu baru, kek baru, promosi pun ada. Memang syok kalau berbuka puasa ramai-ramai kat sini. Jangan lupa pakat dengan family dan kawan-kawan korang tau. Nak info lebih lanjut, boleh klik sini ya.

Okay, selamat menyambut Ramadan guys!

SKIP THIS AD ×