berita

Hairi Temu Jodoh Selepas Berdoa

October 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

PC Liga Lawak Superstar-90

Tidak seperti pasangan lain yang gemar menyimpul cinta bertahun lamanya sebelum melangkah ke alam perkahwinan, Hairi, pelakon yang juga juara Anak Wayang musim pertama ini lebih selesa melamar wanita yang baru dikenalinya untuk dijadikan isteri.

Perkenalan mereka bermula apabila Hairi terpandang kelibat wanita yang juga seorang cikgu ini selepas berdoa memohon dipertemukan jodoh pada Disember lepas.

Masa tu saya di Perlis menjayakan teater Nyonya Cantik. Waktu lepas solat Zohor saya berdoa, “Ya Allah, kalau kau pertemukan aku dengan wanita yang aku lihat bukan dengan nafsu, aku akan kahwin dengan wanita itu”. Nak dijadikan cerita, ketika saya sedang makan, saya terlihat seorang gadis seksi. Bila saya alihkan pandangan, saya terpandang pula dia ni yang elok bertudung.

Sejak dari situ, saya terus meminta nombor telefon dia. Malam tu saya hubungi dia dan tanya sama ada dia sudah ada teman lelaki atau tidak. Dia jawab belum. Masa tu juga saya cakap, mulai hari ini saya teman lelaki dia.

Menurut Hairi, apa yang membuatkannya pasti untuk memperisterikan wanita bernama Fara Afiza itu adalah kerana budi pekertinya yang tinggi sewaktu melayan ibu bapa Hairi.

PC Liga Lawak Superstar-89

Dalam masa yang sama, Hairi yang ditemui di majlis sidang media Liga Lawak Superstar semalam turut memberitahu mahu bakal isterinya menghabiskan membaca Al-Quran yang diberikan sebelum berkahwin.

Saya ada berikan dia senaskhah Al-Quran dan luahkan hasrat untuk bertunang dengan dia. Tujuan saya bagi Al-Quran tu untuk dia baca dan habiskan sebelum hari nikah kami nanti.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Hairi dan Fara telahpun mengikat tali pertunangan pada Hari Raya yang lepas.

Hairi telah menetapkan untuk melangkah ke alam perkahwinan pada bulan Mac tahun hadapan. Namun, tidak menolak untuk mempercepatkan majlis sekiranya rezeki datang lebih awal.

Majlis pernikahan mereka bakal diadakan di kediaman sebelah perempuan di Bagan Lalang, Pulau Pinang. Manakala majlis resepsi pula masih belum ditetapkan tarikh dan lokasinya.

SKIP THIS AD ×